SimpeniPermintaan yang tinggi terhadap sekolah-sekolah agama sama ada kelolaan Kementerian Pendidikan dan negeri-negeri menyebabkan anak-anak sukar mendapat tempat.

Oleh itu ibu bapa beralih kepada sekolah-sekolah agama swasta dan maahad-maahad tahfiz bagi anak-anak mendapat pendidikan seterusnya.

Namun begitu adakah sekolah-sekolah agama, maahad-maahad tahfiz ini memenuhi kriteria serta garis panduan yang ditetapkan. Adakah ianya berdaftar dengan pihak berkaitan.

Kenapa Sekolah Agama, Maahad Tahfiz Berdaftar?

Sekolah-sekolah agama dan maahad-maahad tahfiz sama ada secara persendirian, kelolaan NGO atau komuniti setempat disaran berdaftar sama ada dengan jabatan atau majlis agama Islam negeri masing-masing.

Menjadi keutamaan adalah untuk memelihara kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar bahkan melibatkan nyawa pelajar itu sendiri.

Pemantauan juga dapat dilakukan setiap masa. Oleh itu pihak pengurusan akan lebih memandang serius tentang perkara ini.

Apabila berdaftar banyak kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi supaya menepati ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan. Contohnya berkaitan keselamatan bangunan perlu menepati apa yang dikehendaki pihak bomba dan beberapa agensi yang lain seperti pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ini supaya kejadian malang sekolah-sekolah agama dan pusat-pusat tahfiz tidak berulang.

Seterusnya urustadbir yang efisyen dan berkesan dapat dilaksanakan kerana pihak pengurusan akan mengikut prosedur yang ditetapkan. Garis panduan bagi menyelia dan pengendalian akan disediakan, tidak boleh lagi menguruskan secara semberono tanpa pemantauan.

Silibus serta sukatan yang lebih standard serta lebih praktikal juga boleh diperkenalkan bagi pusat-pusat pengajian yang berdaftar. Pusat tahfiz juga disaran mengikut kurikulum kebangsaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Apabila berdaftar pelbagai kelebihan serta kemudahan yang bakal diterima. Pihak kerajaan akan lebih sedar tentang kewujudan mereka. Ini lebih memudahkan bantuan dan peruntukan disalurkan sama ada daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri mahupun majlis agama negeri.

Kebajikan kakitangan serta guru-guru lebih terjamin. Ini akan lebih meningkatkan tumpuan mereka terhadap tugas-tugas yang diamanahkan.

Semak Status Melalui Simpeni

Kini ibu bapa atau pelajar boleh menyemak senarai sekolah agama dan maahad tahfiz secara online sama ada sekolah itu berdaftar atau pun tidak.

Ini kerana Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mewujudkan portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam atau Simpeni bagi memudahkan semakan dibuat.

Ketika ini ia melibatkan keseluruhan 4245 sekolah agama yang berdaftar dalam pelbagai peringkat di seluruh negara, sama ada peringkat tadika, peringkat rendah dan peringkat tahfiz.

Sekolah-sekolah yang boleh disemak termasuk Sekolah Agama Negeri, Sekolah Agama Swasta dan Sekolah Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) – Simpeni Kafa.

Untuk membuuat semakan sila klik Simpeni @ Simpeni Jakim

SimpeniSimpeni

Semoga portal Simpeni memudahkan ibu bapa menyemak pusat-pusat pengajian yang ingin disertai oleh anak-anak. Ibu bapa boleh mempertimbangan mana-mana sekolah sekiranya berdaftar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here