Semak saman kerana kita dapat mengetahui butiran kesalahan yang dilakukan. Ini kerana dibimbangi kesalahan itu bukan dilakukan oleh pemilik kenderaan namun dilakukan ‘kembar’ seperti dilalui pemilik Mazda 6 ini.

Pemilik sebenar Mazda 6 ini berasal dari Johor Bahru namun menemui ‘kembar’ keretanya di Bangi, Selangor. Ia dimaklumkan anak saudaranya yang telah menemui kereta itu.

Semak SamanGambar kembar Mazda 6 ini telah tular di media sosial kerana bukan hanya nombor pendaftaran dan model kereta yang sama, namun tarikh tamat cukai jalan pun sama. Netizen beranggapan ia adalah kereta klon yang didalangi sendiket tertentu.

Namun pihak polis menafikan ianya kereta klon tetapi kereta yang dicuri di Beserah, Kuantan.

Pemuda itu mengakui dia menerima banyak saman terutamanya membabitkan kesalahan memandu laju namun tidak menyedari kesalahan itu bukan dilakukan olehnya. Dia juga menyelesaikan semua saman kerana ingin memperbaharui cukai jalan Mei lalu.

Check Saman
Pemilik Mazda 6

Perkara itu dalam siasatan pihak polis.

Cara Check Saman Online

Berikut beberapa cara untuk anda membuat semakan saman. Sekiranya ada keraguan melibatkan kesalahan yang dilakukan seperti tarikh dan tempat saman dikeluarkan, boleh melaporkan kepada pihak berkuasa. Mungkin dapat elak ‘bayar saje’ bagi kesalahan yang tidak dilakukan.

Semak SamanAnda boleh check saman melalui Portal Semakan Saman JPJ termasuk juga saman berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Agak mudah kerana tidak perlu mendaftar. Hanya masukkan nombor ID atau nombor ID berserta nombor kenderaan. Sistem akan memaparkan sekiranya terdapat saman anda.

Klik Semakan Saman JPJ

Semak SamanSaman juga boleh disemak melalui Sistem Semakan Online (SSO) PDRM. Ia membabitkan saman yang dikeluarkan oleh PDRM. Anda perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu untuk check saman polis.

Klik Sistem Semakan Online (SSO)

Semak SamanSemakan saman juga boleh dibuat melalui Myeg Check Saman. Anda dikehendaki mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu. Agak menarik kerana saman yang boleh disemak melibat saman PDRM, JPJ serta AES melalui pautan e-Services. Paparan saman boleh dilihat sekiranya anda mempunyai saman. Seterusnya pembayaran secara online boleh dibuat.

Klik Semak Saman MyEG

Semak SamanSeterusnya semak saman melalui portal Rilek, portal rangkaian interaktif laman elektronik kerajaan. Juga perlu mendaftar sebagai pengguna. Setelah mendaftar anda boleh menyemak saman JPJ atau PRDM serta saman DBKL melalui pautan “Search By” yang disediakan. Pembayaran saman juga boleh terus dibuat melalui sistem online yang disediakan.

Klik Semak Saman Rilek

Semak Saman SMS!

Perkhidmatan khidmat pesanan ringkas (SMS) juga disediakan untuk membuat semakan saman.

Check Saman Polis (SMS)

Taip POLIS SAMAN Nombor Kenderaan & Hantar ke 15888
Contoh: POLIS SAMAN VS5115

@

Taip POLIS SAMAN Nombor Kad Pengenalan & Hantar ke 15888
Contoh: POLIS SAMAN 770707117007

Check Saman JPJ (SMS)

Taip JPJ Saman Nombor Kenderaan & Hantar ke 15888
Contoh: JPJ Saman VS5115

@

Taip JPJ Saman Nombor Kad Pengenalan & Hantar ke 15888
Contoh: JPJ Saman 770707117007

Dah semak saman?? Satu soalan.. adakah saman yang dikeluarkan berjaya mendidik pengguna jalan raya @ sekadar cara halus tambah dana kerajaan! Tanya je…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here