Anak ingin @ ingin anak memasuki sekolah berasrama penuh SBP, SMKA pada 2021…
Kementerian Pendidikan (KPM) pada 23 Ogos lalu memperkenalkan satu sistem pemilihan baharu iaitu Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi kemasukan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke sekolah terpilih bagi tahun 2021.
Ia susulan pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2020. Namun, menurut KPM, PKSK bukan menggantikan UPSR atau PT3 tetapi hanya satu kaedah menilai penguasaan pelajar secara keseluruhan untuk ke sekolah berkaitan.
Pentaksiran baharu itu melibatkan pelajar-pelajar yang akan ke Tingkatan 1 dan 4 sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA). Ia juga melibatkan pelajar-pelajar yang akan ke Tingkatan 4 sekolah menengah teknik (SMT) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) serta kemasukan Tahun 1 bagi Kolej Vokasional Malaysia (KV).
Melalui PKSK, kaedah single entry point akan dilaksanakan di mana permohonan akan dibuat secara berpusat secara dalam talian dengan menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) KPM.
Semua pelajar yang didaftarkan dalam APDM layak memohon dan menduduki PKSK.
Selain online, pentaksiran secara berpusat juga akan dilaksanakan di 555 pusat pentaksiran yang ditetapkan di seluruh negara.
Permohonan PKSK
Permohonan PKSK yang kini telah dibuka boleh dibuat melalui pautan berikut:
Permohonan PKSK Tingkatan 1 |
---|
Permohonan PKSK Tingkatan 4 |
Pentaksiran PKSK
Pentaksiran adalah berdasarkan kepada 3 kriteria berikut:
Bahagian A (20 %) |
Bahagian B (70 %) |
Bahagian C (10 %) |
---|---|---|
Kecerdasan Insaniah | Kecerdasan Intelektual | Artikulasi Penulisan |
Secara Online | Secara Online | Berpusat |
Objektif Aneka Pilihan | Objektif Aneka Pilihan | Penulisan BM (100 Perkataan T.1, 250 Perkataan T.4) |
Kecerdasan Emosi, Rohani, Insaniah | Kecerdasan Intelek, Pengetahuan Am, Penyelesaian Masalah | Tajuk Ditetapkan |
Masa A & B 90 Minit | Masa A & B 90 Minit | Masa 45 Minit |
Tarikh-tarikh Penting PKSK
Bagi memudahkan ibu bapa dan pelajar, berikut adalah tarikh-tarikh penting PKS;
PERKARA | TINGKATAN 1 | TINGKATAN 4 |
---|---|---|
Permohonan | 07 Sep-02 Okt 2020 | 07 Sep-02 Okt 2020 |
Semak Pusat | 07-23 Okt 2020 | 12 Okt-06 Nov 2020 |
Pentaksiran | 12-23 Okt 2020 | 26 Okt – 06 Nov 2020 |
Keputusan | 15 Jan 2021 | 05 Feb 2021 |
Pendaftaran Kemasukan | 16 Feb 2021 | 23 Feb 2021 |
Rayuan | 15-29 Jan 2021 | 05-19 Feb 2021 |
Sekiranya mempunyai sebarang pertanya boleh menghubungi talian berikut, bagi SBP : 03-83217400, SMKA : 03-83217200, SMT & KV : 03-88845154 dan Maktab Tentera Diraja : 03-89465562 / 5565
Berikut pula Soalan-soalan Lazim PKSK