Daftar PemilihSemak daftar pemilih bagi pengundi Negeri Sabah yang akan memilih melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 26 September ini. Hari penamaan calon ditetapkan pada 12 September 2020.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menjelaskan, 1,103,646 pengundi yang layak mengundi bagi PRN Sabah perlu membuat semakan daftar pengundi bermula 7 September 2019. Semakan bagi memastikan pengundi mengetahui pusat dan saluran mengundi masing-masing.

Cara Semak Daftar Pemilih

Pengundi-pengundi boleh membuat semakan melalui kaedah-kaedah berikut;

Semak Daftar Pengundi

Cara Semak Daftar Pengundi
1 Portal SPR – pengundi.spr.gov.my
2 Aplikasi MySPR Semak
3 Khidmat pesanan ringkas (SMS)*
4 Hotline SPR di Talian 03-8892 7018.

*Cara SMS : SPR SEMAK nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888;

Pengundi-pengundi juga akan memperolehi Kad Pengundi masing-masing setelah dihantar oleh pihak SPR. Kad yang mengandungi maklumat saluran mengundi, nombor bilangan pengundi, tarikh, masa pengundian dan cadangan masa keluar mengundi.

Cadangan masa juga ditetapkan bagi memudahkan pengundi untuk keluar mengundi. Namun pengundi boleh mengikut masa yang diwartakan dari pukul 7.30 pagi hingga 5.00 petang.

SPR juga menyediakan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRN Sabah bagi mana-mana pihak yang berminat. DPPR itu boleh dibeli di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya atau di Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah. Sebarang urusan serta pertanyaan berkaitan DPPR, boleh berhubung melalui talian 03-8892 7018 atau 088-488 588.

Daftar Pengundi Secara Online

Bagi semua warganegara Malaysia yang lberumur 21 tahun ke atas, menetap di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia adalah layak mengundi. Warganegara itu tidak dihalang oleh undang-undang sehingga hilang kelayakan mengundi. Oleh itu warga itu boleh mendaftar sebagai pengundi sah Malaysia.

Daftarlah.. jadilah individu yang tahu haknya sebagai warganegara kerana sehingga kini lebih 4,000 000 yang layak tetapi masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Cara paling mudah adalah mendaftar secara online, dengan hanya 3 langkah mudah, anda boleh menjadi pengundi berdaftar. Sila kik pautan MySPR Daftar untuk mendaftar.

Selain itu anda boleh mendaftar di pusat-pusat berikut;

Pusat-Pusat Daftar Pengundi
1 Ibu Pejabat SPR di Putrajaya
2 Pejabat-Pejabat SPR Negeri
3 Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer
4 Pejabat Daerah/Pejabat Majlis Daerah
5 Kaunter-Kaunter SPR di Tempat Awam

Bagi yang belum mendaftar, adalah menjadi tanggungjawab untuk anda mendaftar sebagai pemilih. Tentukan pilihan anda…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here