Cara Solat HajatSetiap individu mempunyai kemahuan serta hajat masing-masing. Begitu juga ada yang ditimpa musibah dan kesulitan.

Setelah berusaha sebaiknya, semoga sesuatu hajat dimakbulkan atau sesuatu kesulitan itu dijauhkan, Islam mengajarkan kita memohon kepada yang sepatutnya iaitu Allah SWT. Usaha itu diperkemaskan dengan cara yang lebih spesifik iaitu mengerjakan solat hajat.

Inshaallah semoga termakbul apa yang dihajatkan dan semoga menghilang segala musibah yang menimpa diri.

Waktu Solat Hajat

Sebelum mengetahui secara terperinci cara solat hajat, kita ketahui dahulu bilakah masa yang terbaik untuk mengerjakannya.

Solat hajat itu asasnya boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja kecuali selepas solat subuh dan solat asar.

Namun disarankan waktu terbaik, paling afdhal iaitu dua pertiga malam, lebih kurang pukul 1-3 pagi, mungkin 4 pagi. Ini kerana pada waktu itu denan suasana yang tenang dan sunyi, kita lebih kusyuk dalam solat, inshaallah.. Juga lebih mudah dimakbulkan Allah SWT kerana bersungguh bangkit untuk melaksanakannya.

Boleh dilakukan secara solo atau berjamaah.

Setelah bangkit pada malamnya dan berwudhuk, disarankan serta ambillah peluang dengan melaksanakan solat tahajjud terlebih dahulu, kemudian barulah solat hajat.

Berikut adalah cara-cara melaksanakan solat hajat sama ada secara ringkas atau secara lebih terperinci lebih afdhal dan lebih padu!!

Solat hajat itu sebaik-baiknya adalah 12 rakaat dengan 6 salam (2 rakaat, 2 rakaat…), namun dibolehkan secara lebih ringkas iaitu 2 rakaat, 1 salam.

Cara Solat Hajat Ringkas – 2 Rakaat

Lafaz niat solat hajat:

Niat Solat HajatSahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala

Pada rakaat yang pertama, selepas membaca surah Al-Fatihah, bacalah surah Al-Kafirun atau ayat Qursi sebanyak 7 @ 10 @ 11 kali (banyak pendapat).
atau ayat Qursi;

Pada rakaat kedua, selepas membaca surah Al-Fatihah, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 7 @ 10 @ 11 kali.
Selepas salam, sujudlah sekali lagi (sujud dah di luar solat) dan bacalah pembuka doa;

Pohonlah apa-apa sahaja yang dihajatkan dan disudahi penutup doa;
Boleh juga membaca doa solat hajat ini;

Maksud doa;

Lagi Ringkas

Selepas niat dan takbiratul ihram, pada rakaat yang pertama, selepas membaca Surah Al-Fatihah, bacalah surah Al Kafirun atau ayat Qursi sebanyak 1 kali.

Pada rakaat kedua, selepas membaca Al-Fatihah, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 1 kali. Selepas salam, sujudlah sekali lagi dan berdoalah di dalamnya.

Boleh berdoa dalam bahasa apapun setelah menyatakan puji-pujian kepada Allah SWT dan disudahi dengan salam kepada junjungan besar nabi kita Muhammad SAW.

Cara Solat Hajat Padu – 12 Rakaat

Sekiranya ingin mengerjakan solat hajat secara llebih afdhal, lebih padu kerjakanlah sebanyak 12 rakaat. Adalah diharapkan semakin banyak jumlah rakaat yang dilakukan semakin Allah SWT memakbulkan doa kita.

Seperti cara di atas, apabila bangkit daripada tidur, setelah berwudhuk, solatlah Tahajjud terlebih dahulu. Setelah selesai, duduklah iftirasy dan berithgfarlah sebanyak 71 kali.

Setelah itu selawatlah ke atas junjungan nabi sebanyak 71 kali

Kemudian bacalah surah Al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi SAW, arwah ibu bapa, arwah kaum muslimin dan muslimat.

Setelah itu dirikanlah solat hajat sebanyak 12 rakaat, 6 kali salam.

Pada rakaat yang pertama, selepas membaca surah Al-Fatihah, bacalah surah Al Kafirun atau ayat Qursi sebanyak 11 kali.

Pada rakaat kedua, selepas membaca Al-Fatihah, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali.

Selepas salam, sujudlah sekali lagi dan bacalah doa ini sebanyak 41 kali.

Setelah itu barulah berdoa tentang apa yang dihajatkan. Solat hajat ini boleh dilakukan sama ada 1, 3 atau 7 malam bergantung kepada penting dan sulitnya perkara yang dihajatkan. [Rujukan : IIndahnya Hidup Bersyariat]

Semoga sama-sama kita berusaha untuk melaksanakan solat hajat walau apapun hajat kita. Semoga dengan itu akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Segala maklumat yang disampaikan adalah berdasarkan sumber sahih. Semoga bermanafaat..

Sumber :
Panduan Qiamullail – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Buku Indahnya Hidup Bersyariat – Dato’ Ismail Kamus
Panduan Mengerjakan Solat Sunat & Surah Yasin dan Amalan Pilihan – Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here