Buat Duit OnlineBuat duit online…

Kenapa Jeff Bezos, Mark Zuckerberg, Bill Gates menjadi manusia terkaya di planet ini. Lebih kaya-raya daripada tokey Hilton, tokey-tokey minyak dan tokey Mekdi. Itupun kita tahu Mekdi sudah beroperasi hampir 80 tahun dan mempunyai restoran di serata dunia.

Ini uniknya dunia online sehingga Jeff Bezos pemilik Amazon, Mark Zuckerberg pemilik Facebook danĀ  Bill Gates pemilik Microsoft menjadi orang kaya-raya dunia, padahal semua mereka beroperasi sekitar 2 dekad bahkan kurang. Mereka buat duit online secara super duper bijak.

Itu bagi mereka, bagaimana pula bagi orang kecil-kecil seperti kita untuk buat duit secara online, cuba merasai picisan-picisan dari dunia online.

Antara Cara Buat Online

Berikut ada beberapa cara untuk mendapat duit secara online sama ada secara full time atau secara kerja part time. Bestnya boleh dikatakan tanpa modal kerana semua perkakasan yang sedia ada di rumah.

Tulis Blog

Anda minat menulis.. Kalau dulu-dulu, tidak ada tempat untuk anda kongsikan tulisan anda, namun kini sebaliknya. Asal minat jadi duit, maka anda dapat memenuhkan masa dan kerja kosong anda. Paling menarik ianya percuma, boleh bermula contohnya dengan blogger.com. Hasil kerja keras anda, insyaallah akan berhasil. Tanyalah Beutufulnara, berapakah pendapatan blognya kini, kalau tak puluhan ribu sebulan.

Hanya dengan satu kalimah ‘keramat’, yang akan diceritakan di bawah.

Buat Video

Tak minat menulis tetapi minat merakam dan mengedit video. Dulu-dulu selepas edit, simpan saja, namun kini ada platform untuk anda kongsikan hasil video anda. Ada Youtube, ada Facebook, ada Instagram (sekadar menyebut beberapa). Tanya Syahmi Sazli berapa income dari channel Youtubenya sebulan. Ribu-riban, mengalahkan gaji menteri PN. Tanya Seminit Resipi, berapa cara buat duit Facebook yang diperolehinya sebulan.

..dan ramai lagi yang berjaya di luar sana, formulanya… hanya 1 kata ‘keramat’ di bawah..

Main Game

Tak minat menulis, tak minat edit video (kena minat edit video juga ni..) tapi minat main game. Main game pun dapat income online? Harap-harap anak tak baca artikel ini. Nanti dimintanya nak main game selalu.. berlatih (syhhh….). Menjadi gamer secara live di facebook. Ingat tak cerita suri rumah yang mendapat ribu-ribu kerana main game. Cara kedua rakam video main game, ditambah dengan ‘loyar buruk‘ dan dikongsi di Youtube. Berduit juga nanti…

Juga dengan 1 kata keramat…

Berikut adalah antara 3 cara ‘kerja kosong’ yang ada dalam dunia online. Boleh disertai pada bila-bila masa sahaja, kerja dari rumah secara part time.

Kata Keramat?

Dah tu apa kata keramatnya?? Ditanya.. hanya dijawab, MENARIK! MENARIK! MENARIK! Insyaallah masa depan anda cerah di dunia maya.

Kerana menarik, anda mampu menjadikan mereka tertarik dengan hasil kerja anda sama ada tulisan, video dan game yang anda mainkan.

Dek kerana menarik itu datangnya usaha bersungguh-sungguh, dek kerana menarik datangnya tumpuan 100 peratus (jangan hangat-hangat tahi..) diberikan, dek kerana menarik itu datangnya doa yang tidak jemu dan akhirnya dek kerana menarik itu datangnya kejayaan.

Tak lama.. Sugu Pavithra mengumpul 800k subscribe hanya 6 bulan. Dulu Sugu bekerja ladang RM1k sebulan. Nungkin kini setahun kerja ladang hanya diperolehi dalam sebulan. bahkan lebih… Tahniah!

Sebab apakah itu, MENARIKlah… kalau tak menarik takkan dapat jutaan tontonan.

Saya cakap sahaja.. tulisan saya entah menarik ke idaknya.. Namun itulah cara dapat duit online secara lumayan! Menarikkan hasil anda!! Perbanyakkan solat hajat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here